DAN KEKUATAN ITU MEMERLUKAN SEMANGAT YANG TAK PERNAH PUTUS :)
hey assalamualaikum , macam biasa minta maaf sebab blog ini sudah semakin di abaikan , okay berbicara soal tajuk di atas , mungkin mereka yang mengenali saya , akan mengerti apa yang saya sedang maksudkan .. baiklah kali ini , saya memerlukan segenggam kekuatan untuk mengupdate entry kali nie .. BISMILLAH ...
saya memerlukan sebuah kekuatan yang akan kekal sampai bila bila , ini adalah kerana saya merasakan saya mengalami kelemahan yang teramat , dan saya percaya ini semua adalah QADA DAN QADAR ALLAH , kenapa saya jadi mcm ni ? mungkin saya memerlukan sedikit masa untuk mencari kekuatan pada diri saya sendiri.. walaupun saya cuba menyorokkan perasaan sedih dengan sebuah senyuman , kekalahan menjadi fake telah terhasil apabila saya mula merindui sidia , dan saya percaya rindu ini hanyalah untuk tatapan diri sendiri sahaja , sebab saya dah tak mampu nak merindui dia seperti dulu ..
mungkin ada yang kata lupakan dia , hati dan perasaan saya tak dapat nak tipu yang setiap hari saya sedang fikirkan dia , dalam solat dan saya berharap dia akan menjadi imam saya pada suatu hari nanti , mungkin masih terlalu awal untuk mengharap , tapi berdoa untuk yang terbaik adalah digalakkan , andai benar ALLAH telah tetapkan awak menjadi imam solat saya , saya orang paling bahagia dan saya berharap segala mimpi saya menjadi kenyataan pada suatu hari nanti .. awak kekuatan saya hanyalah untuk seketika saya cuma berharap , awak dapat menyedari segala apa yang awak telah lakukan , macam mana saya terluka saya tersiksa , saya percaya ada hikmah disebalik yang telah berlaku .. dan saya nak awak tahu , saya tunggu awak sampai nafas terakhir saya .. :(
dan kata kata terakhir saya , kalauu saya dah bangun dari kekuatan saya , tak semestinya saya lupakan awak , saya cuma takut saya kembali jatuh di saat saya mula rindukan awak , dan saya berharap saat saya jatuh , awak akan pimpin tangan saya untuk buat saya kembali bangun , terima kasih kerana bahagia kan saya walau untuk seketika , cinta dan sayang saya untuk awak wahai MUHAMMAD ZULFITRI <3 br="br">3>
No comments:
Post a Comment
terimas kerane memreading di kawasan saye :)